Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku
telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada
siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula
kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan
kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah
s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,
maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu
bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah
s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu
bapanya.”
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung
pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur
itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,”
jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu
hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di
sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat
dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil
kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.
( Welcome to -Protect_Your_Mama Blog )
Rabu, 06 Juni 2012
Azab Yang Terlihat Para Penggali Kubur
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar